Thursday 11 February 2010

Contoh-contoh Aplikasi Dan Konsep Yang Menggunakan Teknologi Web 2.0

1. Blog
Blog merupakan aplikasi web yang memudahkan pengguna menerbitkan berita, idea, cerita, pendapat, hasil-hasil penulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain atau sekadar terbitab peribadi. Melalui penggunaan aplikasi blog, pengguna dapat meluahkan atau menulis di dalamnya serta ianya dapat dilayari dimana-mana sahaja kerana blog merupakan satu bentuk laman web yang khusus untuk penulisan. Bagi melayari blog, pengguna boleh menggunakan browser seperti Internet Explorer, Firefox dan lain-lain lagi.

2. RSS
RSS merupakan satu konsep perkongsian maklumat di internet. Maklumat yang dimaksudkan adalah tulisan-tulisan atau artikel yang dibuat melalui blog, laman web atau aplikasi web yang lain. Maklumat yang dikongsi bebrbentuk XML. Penggunaan RSS dapat membantu pelayar-pelayar laman web mendapat sesuatu maklumat dengan mudah dan cepat. Hal ini bermaksud, pelayar atau pengguna hanya perlu menghubungkan laman web tersebut secara langsung tanpa membuka satu persatu laman web yang hendak dilayari dengan menggunakan RSS Reader seperti Mozilla Thunderbird, Google Reader, dan RSS Reader yang lain. Seterusnya, pengguna hanya perlu memdownload berita atau artikel terbaru melalui RSS Service.

3. Video Cast
Video Cast mempunyai persamaan dengan RSS dan POD Cast. Video Cast merupakan konsep perkongsian maklumat atau info dalam bentuk video. Contohnya, laman web YouTube.

4. Wiki
Ensiklopedia biasanya sebuah buku yang tebal dan mempunyai pelbagai maklumat di dalamnya. Namun begitu, di dalam internet terdapat juga ensiklopedia yang mana menyediakan perkhidmatan perkongsian maklumat contohnya wikipedia. Wikipedia menggunakan sistem pengguna dapat menulis maklumat yang mereka perolehi di dalam laman web wikipedia.

5.VOIP
VOIP merupakan cara komunikasi suara dengan dua arah seperti telefon namun melalui media internet. Contohnya seperti Skype dan juga Yahoo Messanger.
6. Aplikasi Perhubungan Sosial
Aplikasi perhubungan sosial adalah seperti Friendster, Facebook, MySpace dan sebagaiya menggunakan teknologi Web 2.0. Aplikasi yang disediakan ini membuatkan pengguna dapat berinteraksi dengan pengguna lain melalui cara bersembang (chatting), menghantar mesej, komen dan sebagainya. Pengguna juga dapat memaparkan tentang maklumat diri dan melihat maklumat diri orang lain yang seterusnya pengguna akan terus berhubung sesama pengguna. Kaedah ini akan memudahkan pengguna mengembangkan jaringan sosialnya hanya melalui internet.


Sumber :

http://www.thinkrooms.com/2008/01/20/referensi-web-20/





Kesimpulan Web 2.0
Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa web 2.0 lebih mesra pengguna berbanding web 1.0. Hal ini kerana, sesuatu laman web dapat dapat dikawal oleh pembina laman web dan juga pengguna. Kaedah ini amat berkesan kepada pengguna kerana mereka dapat berkongsi idea tentang pengetahuan yang mereka ada. Di samping itu juga, dengan adanya web 2.0, jaringan komunikasi dapat diperluaskan lagi melalui laman-laman sosial yang lebih mesra pengguna. Seperti yang sedia maklum, dahulu pembina laman web sahaja yang mampu mengurus sesuatu laman web yang dibuat, namun dengan teknologi web 2.0 pembina dan pengguna dapat mengurusnya tanpa halangan dan lebih bermanfaat.

Lagi Sambungan web 2.0

Web 2.0 adalah generasi/wajah baru dari world wide web: world wide web yang lebih partisipatif. Istilah web 2.0 menjadi terkenal semenjak O’Reilly Media Web 2.0 Conference di tahun 2004. Web 2.0 tidak merujuk kepada teknologi baru dalam world wide web, meskipun web 2.0 memiliki kecenderungan tertentu dalam design dan penggunaan teknik AJAX. Web 2.0 adalah teknologi baru semenjak tragedi dotcom bubble burst di tahun 2000. Sementara secara teknikalnya, web 2.0 adalah satu pengklasifikasian “wajah baru dari web” dimana karakteristik pertukaran data many-to-many terjadi.

Di era sebelum web 2.0 (sebelum tahun 2000, ada juga mengklasifikasikannya sebagai web 1.0), hanya mereka yang memiliki pengetahuan mengenai web (programming n design, or geek) atau para pemilik modal atau pembina laman web yang mampu menghire programmer yang mampu menyediakan konten (teks, gambar, musik) di web. Sehingga pertukaran data yang terjadi adalah one-to-many atau sedikit-ke-banyak. Sederhananya, web 2.0 adalah klasifikasi dari web (yang kemudian berevolusi menjadi lebih dari sekedar klasifikasi: sebuah era) yang membuat ’semua orang’ yang terhubung ke web mampu menyediakan dan mengubah konten (teks, grafik, dll) di web. Website yang membuat orang dapat berkongsi konten di web dengan mudahnya (tidak perlu pengetahuan pemrograman web pun boleh berkongsi data di web). Contoh penggunaan web 2.o ialah Blog, Photo Sharing (flickr), Video Sharing (YouTube), Presentation Sharing (Slideshare.net), Social Networking (facebook, myspace, friendster) dan lain-lain lagi.


Sumber : http://bloggingly.com/konsep-web-20-apa-itu-web-20/


Tuesday 9 February 2010

sAMbuNGan wEb 2.0

Prinsip-prinsip Web 2.0

1. Servis
Web 2.0 merupakan servis yang tidak memerlukan bayaran. Hal ini berbeza dengan media konvensional lain yang umumnya memerlukan bayaran yang mahal. Namun begitu walaupun tidak dikenakan sebarang kos web 2.0 menyediakan kemudahan yang lengkap. Web 2.0 mampu menjadi jaringan sosial yangb terus berkembang serta saling berhubungan.

2. Kawalan
Web 2.0 menyediakan kawalan yang unik dan semakin kaya dengan kelebihan seirang dengan pertambahan jumlah pengguna. Jika dahulu, pengguna hanya menjadi pembaca, namun dengan teknologi web 2.0 pengguna bukan sahaja dapat membaca malahan dapat menulis dan juga mengawalnya.

3. Kepercayaan
Kepercayaan akan turut terjalin apabila pembina laman web dapat berhubung dengan pengguna tanpa mengenal antara satu sama lain dari aspek latar pendidikan, budaya dan sebagainya. Interaksi antara pembina dan pengguna boleh berlaku secara terus dan akan wujud kepercayaan antara satu sama lain.

4. Kepandaian Kolektif
Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Hal ini bermaksud, pengguna dapat mengembangkan website seperti menambah artikel-artkel yang berkaitan yang mana seterusnya sesuatu website tersebut akan terus berkembang seperti wikipedia.

5. Level Software
Web 2.0 merupakan sabuah servis terintegrasi pelbagai device sama ada telefon bimbit, PC, ataupun server internet.

6. Kemudahan
Dalam pelbagai perkara, penggunaan Web 2.0 dapat memberikan kemudahan yang mencakupi beberapa hal seperti user interface, model programming, mahupun modal bagi sesebuah perniagaan.

Sumber : http://budiwiyono.com/2008/08/06/tujuh-prinsip-web-20/



Monday 1 February 2010

web 2.0..???

apa itu web 2.0...???

Istilah Web 2.0 sering kedengaran di internet pada masa kini tapi apakah sebenarnya Web 2.0?

Sebenarnya pakar internet pun tidak dapat memberi istilah yang tepat bagi Web 2.0 kerana kewujudan istilah Web 2.0 itu sendiri bermula SELEPAS kehadiran ciri-ciri Web 2.0 ada pada internet atau WWW (world wide web).

di sini saya nyatakan ciri-ciri pada Web 2.0 :

1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop.
Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC.
Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan technicalities dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut
berfungsi secara real-time.

2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo.

3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog,
untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.

4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru. ;)

5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.

6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.

7.) User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Tengoklah Friendster – nak bina Friendster site begitu mudah untuk beginner!

8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.

Can be summed up as:

Pengguna komputer ==> lihat RSS Reader ==> melayari website ==> baca/lihat ==> meletakkan komen / tulis posting / edit kandungan / upload photo ==> lihat / baca komen rakan lain ==> balas komen/posting rakan-rakan ==> tinggalkan website ==> tutup browser.

sumber : http://www.internetmelayu.com/blog/2007/04/30/apakah-web-20/


 

Blog Template by YummyLolly.com