Thursday 11 February 2010

Contoh-contoh Aplikasi Dan Konsep Yang Menggunakan Teknologi Web 2.0

1. Blog
Blog merupakan aplikasi web yang memudahkan pengguna menerbitkan berita, idea, cerita, pendapat, hasil-hasil penulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain atau sekadar terbitab peribadi. Melalui penggunaan aplikasi blog, pengguna dapat meluahkan atau menulis di dalamnya serta ianya dapat dilayari dimana-mana sahaja kerana blog merupakan satu bentuk laman web yang khusus untuk penulisan. Bagi melayari blog, pengguna boleh menggunakan browser seperti Internet Explorer, Firefox dan lain-lain lagi.

2. RSS
RSS merupakan satu konsep perkongsian maklumat di internet. Maklumat yang dimaksudkan adalah tulisan-tulisan atau artikel yang dibuat melalui blog, laman web atau aplikasi web yang lain. Maklumat yang dikongsi bebrbentuk XML. Penggunaan RSS dapat membantu pelayar-pelayar laman web mendapat sesuatu maklumat dengan mudah dan cepat. Hal ini bermaksud, pelayar atau pengguna hanya perlu menghubungkan laman web tersebut secara langsung tanpa membuka satu persatu laman web yang hendak dilayari dengan menggunakan RSS Reader seperti Mozilla Thunderbird, Google Reader, dan RSS Reader yang lain. Seterusnya, pengguna hanya perlu memdownload berita atau artikel terbaru melalui RSS Service.

3. Video Cast
Video Cast mempunyai persamaan dengan RSS dan POD Cast. Video Cast merupakan konsep perkongsian maklumat atau info dalam bentuk video. Contohnya, laman web YouTube.

4. Wiki
Ensiklopedia biasanya sebuah buku yang tebal dan mempunyai pelbagai maklumat di dalamnya. Namun begitu, di dalam internet terdapat juga ensiklopedia yang mana menyediakan perkhidmatan perkongsian maklumat contohnya wikipedia. Wikipedia menggunakan sistem pengguna dapat menulis maklumat yang mereka perolehi di dalam laman web wikipedia.

5.VOIP
VOIP merupakan cara komunikasi suara dengan dua arah seperti telefon namun melalui media internet. Contohnya seperti Skype dan juga Yahoo Messanger.
6. Aplikasi Perhubungan Sosial
Aplikasi perhubungan sosial adalah seperti Friendster, Facebook, MySpace dan sebagaiya menggunakan teknologi Web 2.0. Aplikasi yang disediakan ini membuatkan pengguna dapat berinteraksi dengan pengguna lain melalui cara bersembang (chatting), menghantar mesej, komen dan sebagainya. Pengguna juga dapat memaparkan tentang maklumat diri dan melihat maklumat diri orang lain yang seterusnya pengguna akan terus berhubung sesama pengguna. Kaedah ini akan memudahkan pengguna mengembangkan jaringan sosialnya hanya melalui internet.


Sumber :

http://www.thinkrooms.com/2008/01/20/referensi-web-20/





Kesimpulan Web 2.0
Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa web 2.0 lebih mesra pengguna berbanding web 1.0. Hal ini kerana, sesuatu laman web dapat dapat dikawal oleh pembina laman web dan juga pengguna. Kaedah ini amat berkesan kepada pengguna kerana mereka dapat berkongsi idea tentang pengetahuan yang mereka ada. Di samping itu juga, dengan adanya web 2.0, jaringan komunikasi dapat diperluaskan lagi melalui laman-laman sosial yang lebih mesra pengguna. Seperti yang sedia maklum, dahulu pembina laman web sahaja yang mampu mengurus sesuatu laman web yang dibuat, namun dengan teknologi web 2.0 pembina dan pengguna dapat mengurusnya tanpa halangan dan lebih bermanfaat.

2 kata2 semangat:

microkrico said...

oOoo..thanks..gud info u have there

KAK RAINBOW said...

gud info ni

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com