Tuesday, 9 February 2010

sAMbuNGan wEb 2.0

Prinsip-prinsip Web 2.0

1. Servis
Web 2.0 merupakan servis yang tidak memerlukan bayaran. Hal ini berbeza dengan media konvensional lain yang umumnya memerlukan bayaran yang mahal. Namun begitu walaupun tidak dikenakan sebarang kos web 2.0 menyediakan kemudahan yang lengkap. Web 2.0 mampu menjadi jaringan sosial yangb terus berkembang serta saling berhubungan.

2. Kawalan
Web 2.0 menyediakan kawalan yang unik dan semakin kaya dengan kelebihan seirang dengan pertambahan jumlah pengguna. Jika dahulu, pengguna hanya menjadi pembaca, namun dengan teknologi web 2.0 pengguna bukan sahaja dapat membaca malahan dapat menulis dan juga mengawalnya.

3. Kepercayaan
Kepercayaan akan turut terjalin apabila pembina laman web dapat berhubung dengan pengguna tanpa mengenal antara satu sama lain dari aspek latar pendidikan, budaya dan sebagainya. Interaksi antara pembina dan pengguna boleh berlaku secara terus dan akan wujud kepercayaan antara satu sama lain.

4. Kepandaian Kolektif
Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Hal ini bermaksud, pengguna dapat mengembangkan website seperti menambah artikel-artkel yang berkaitan yang mana seterusnya sesuatu website tersebut akan terus berkembang seperti wikipedia.

5. Level Software
Web 2.0 merupakan sabuah servis terintegrasi pelbagai device sama ada telefon bimbit, PC, ataupun server internet.

6. Kemudahan
Dalam pelbagai perkara, penggunaan Web 2.0 dapat memberikan kemudahan yang mencakupi beberapa hal seperti user interface, model programming, mahupun modal bagi sesebuah perniagaan.

Sumber : http://budiwiyono.com/2008/08/06/tujuh-prinsip-web-20/



1 kata2 semangat:

kucheng jalanan said...

oOoo..arigatogozaimasu sensei ~

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com