Monday 1 February 2010

web 2.0..???

apa itu web 2.0...???

Istilah Web 2.0 sering kedengaran di internet pada masa kini tapi apakah sebenarnya Web 2.0?

Sebenarnya pakar internet pun tidak dapat memberi istilah yang tepat bagi Web 2.0 kerana kewujudan istilah Web 2.0 itu sendiri bermula SELEPAS kehadiran ciri-ciri Web 2.0 ada pada internet atau WWW (world wide web).

di sini saya nyatakan ciri-ciri pada Web 2.0 :

1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop.
Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC.
Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan technicalities dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut
berfungsi secara real-time.

2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo.

3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog,
untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.

4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru. ;)

5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.

6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.

7.) User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Tengoklah Friendster – nak bina Friendster site begitu mudah untuk beginner!

8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.

Can be summed up as:

Pengguna komputer ==> lihat RSS Reader ==> melayari website ==> baca/lihat ==> meletakkan komen / tulis posting / edit kandungan / upload photo ==> lihat / baca komen rakan lain ==> balas komen/posting rakan-rakan ==> tinggalkan website ==> tutup browser.

sumber : http://www.internetmelayu.com/blog/2007/04/30/apakah-web-20/


1 kata2 semangat:

microkrico said...

huiyoo...
ape tuu ??
xphm den..
maklomla sy bute it..
thanks..gud info u hav there :)

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com